Thursday, February 24, 2011

Aku Yang EMO!

PERJUANGKAN AGAMA??
 Atas dasar apa mereka ingin perjuangkan agama kalau diri sendiri masih tidak kuat dan terkontang kanting?? Atas dasar apa mereka ingin perjuangkan agama kalau sekadar untuk meraih simpati demi kepentingan diri?? 


Hilangkah akal mereka?? Kemana perginya segala ilmu yang dipelajari??? Tidakkah mereka berfikir akan perasaan ibu bapa mereka diluar sana yang mengharapkan kejayaan anak-anak mereka didalam pelajaran serta akhlak dan tingkahlaku mereka??

Aku sedar Ya Allah, hambamu ini tidak sempurna sifatnya.. Aku mohon kejadian seperti ini menjadi panduan buat aku dimasa mendatang. Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon ampun atas segala kekhilafanku, aku memohon agar aku dijauhkan dari segala fitnah ini. Aku memohon agar aku dijauhkan dari mengenali manusia-manusia seperti ini agar aku tidak terpengaruh dengannya.. Sesungguhnya aku hambamu yang hina, meski aku mahukan perubahan, tetapi aku mohon hidayahmu dalam membimbingku agar aku tidak leka dan terus terleka..

Wow!! Mungkin aku sedikit emosi disini.. Emosi semenjak aku menerima berita berlakunya rusuhan di UPM. Sebab apa?? Sebab ketidak puasan hati setengah pihak atas kemenangan Pro-Aspirasi UPM dalam pemilihan wakil pelajar 2011/2012. Ish.. seriously memang rasa emo gile2 bile aku dengar berita nie. Bukan kerana aku berada dipihak Pro-A, tetapi aku berasa malu atas sikap pelajar IPTA sendiri yang tidak tahu malu dengan kelakuan mereka. Konon2 cara rusuhan mereka ingin mampu meraih simpati orang ramai demi kepentingan mereka dalam memenangi pilihanraya kampus??

Listen guys, sampai mana lah sangat jawatan tue?? Boleh dibawa mati?? memanglah aku akan berebut hingga kelubang cacing sekalipun. Kadang-kadang aku terfikir, tak de mak bapak ke dowang sume nie?? Ape perasaan mak bapak kowg bile tengok anak2 dowg yang mereka bela sedari kecik hingga masuk U. bangge mak bapak kowg cite kat owg kampung kowang masuk U, tibe2 keluar berita, terpampang muka kowg sebab buat rusuhan sehingga menyebabkan guard cedera. Aku bukan jeles sebab aku tak join kowang buat menda mengarut tue. Itu hak korang.. korang ada hak tuk buat keputusan korang sindrik. tapi hak korang jugak kew untuk menjahanam kan hak orang lain?? menjahanamkan harta benda orang lain??  LU PK LA SNDRIK! Kowang da besa panjang. da boleh nilai baik buruk. da lah. malas aku nak cakap panjang. aku bukan sakit hati sebab kowg pecahkan cermin kt BHEP tue. bukan. tapi aku sakit hati bile aku dengar kowg seolah2 mempersendakan agama. Ape yang kowg pk sebenarnya?? jangan lah terlalu terikut2 dengan politik luar. kita masih pelajar. tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar tue kne amek kire dulu sebelum kite buat menda sia2 cm nie. kowng bacelah link nie dan link ini then fahami lah dan nilai lah sndrik..

Aku cuma berharap insan-insan ini masih punya fikiran yang waras. Aku bukanlah sape2 untuk menghukum mereka. Malah aku tak punya kuasa untuk menjatuhkan hukuman dunia sekalipun..

Wassalam..