Tuesday, August 10, 2010

IBLIS BERCERITA TENTANG FADILAT RAMADHAN..

Berkongsi sedikit cerita mengenai fadilat Ramadhan. Lets enjoy da story.. ;)
Rasulullah s.a.w. ada menyoal Iblis tentang puasa di bulan Ramadhan,
Jawab Iblis:

"Ya Rasulullah! Inilah satu bencana yg amat besar bagiku.Bila tibanya bulan ini akan bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi dan semua malaikat bersukaria. Bagi mereka yg berpuasa akan mendapat kurnia yg besar dari ALLAH.Dosa mereka akan diampuni dan digantikan dengan pahala kebajikan serta tidak akan ditulis kesalahan mereka selama berpuasa."

Iblis menyambung lagi dengan berkata:
"Yg lebih menyakitkan hatiku ialah semua isi langit dan bumi serta semua makhluk yg bernyawa sentiasa mendoakan mereka siang dan malam memohon keampunan. Bagi mereka yg berpuasa juga akan dimerdekakan oleh ALLAH setiap hari dari Ramadhan dengan seribu kemerdekaan dari azab neraka serta semua pintu neraka akan ditutup dan dibukakan semua pintu syurga. Pada hari bermulanya umatmu berpuasa, datanglah para malaikat kepadaku dengan garangnya lalu menangkap aku bersama dengan bala tenteraku yg terdiri dari jin,syaitan dan ifrit."

"Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas lalu dimasukkan kami ke dalam perut bumi yg paling bawah sekali. Disini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas itu barulah kami dibebaskan ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa."
Begitulah cerita si Iblis kepada Rasulullah. Subhanallah. Mari lh kwn2, berpuasa dengan keikhlasan dan tambahkan amalan dibulan Ramadhan ini, semoga amalan kita di terima.
cuba lihat link ini untuk makna dan fadilat puasa Ramadhan. ;))

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN ALMUBARAK. ;)

No comments:

Post a Comment