Wednesday, July 28, 2010

sedikit info untuk dikongsi bersama...

sy seorang yg aktif dan boleh dikatekn x reti nk duk diam. haha
law bole tiap mase toh ade jew mende nk buat. love sports. yes i am. ;)
tp dlm diam budak kecik yg kuat neh sbnarnye lembik. sng kne penyakit.
sejuk x bole. panas x bole. huhuhu. lately kn, slalu kne serang sakit dada.
actually since form 5 penyakit neh slalu menyerang. sakit.mmg sakit.
pnh sekali toh langsung x leh bangun.xley nk agkt badan. seksa? ye..sgt2 seksa.
tp tue lh org kate. penyakit mengade. hahaha.
tp td rase nk google ape masalah neh nanye. pnh jupe doc. sekali cakap sebab angin gastrik.
n lagi skali lg sy g, doc tnye, ade ase skt kebas2 kt tgn kiri x? dgn senang atinye, sy jwb TIDAK! hahaha.
(u can guess what rite?) ye.. mmg nanye ade saket kt ctu law skt dada. doc kate:
law ade, tnda sakit jantong. then doc cek denyut nadi bagai. he said, i'm ok. leegaaa..
(mungkin dye ckp cm toh sbb i da ckp xde td x?) hahaha. Fitnah. jahat.;)
ok2. td g google. dpt input sket sal skt jantong.

SAKIT dada atau dada terasa ‘sesak’, sama ada ketika berehat atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan dan menaiki tangga, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius kerana ia menjadi tanda utama kepada penyakit jantung, terutama bagi orang dewasa berumur 40 tahun ke atas.

Sakit dada atau dalam istilah perubatan dipanggil angina adalah serangan jantung kecil; yang sering disalah anggap sebagai gangguan biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana gejalanya sekejap, malah hanya ‘sakit sedikit’.

Anggapan ini menyebabkan masalah jantung semakin serius dan kajian menunjukkan 50 peratus pesakit yang mengalami serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

Mengabaikan tanda yang dianggap ‘masalah biasa’ ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian awal pada usia muda. Ini dibuktikan dalam kajian jangka panjang oleh Institut Kesihatan Awam di Oslo, Norway.

Kajian berkenaan membabitkan tiga pertanyaan seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu:

# Adakah anda berasa sakit atau sesak dada apabila mendaki bukit, menaiki tangga atau berjalan cepat di permukaan landai?

# Jika anda sakit atau sesak dada ketika berjalan, adakah anda berhenti, berjalan perlahan atau terus berjalan?

# Jika anda berhenti atau berjalan perlahan, adakah sakit dada itu hilang dalam masa kurang 10 minit, selepas 10 minit atau lebih?

Anda dikatakan mengalami angina jika menjawab ‘ya’ bagi soalan pertama, ‘berhenti atau berjalan perlahan’ bagi soalan kedua dan ‘kurang daripada 10 minit’ untuk soalan ketiga.

guess what? ye, jwpn sy same ng jwpan dye.. haha.
tp sy xde kekuatan nk g cek doc ag. ngehehehe. doakan yg terbaek jew buat sy yeee...
sekadar berkongsi cerita. dan sy perlukn informasi lebih dr anda..
tq.

lotz of love;
MIE

No comments:

Post a Comment