sejauh mana kehenseman lelaki itu terserlah??? hahahah. agk x boleh bla kn soalan ini?? macam ape jew..
tapiii... ade cerita disebalik kehenseman lelaki ini. ok. ini soalan dr Lecturer tersayang.. (ekekeke, sy syg sume lecturer sy. peace!)
Dr S : macam mane kamu nak menilai tahap kehensemes seseorang lelaki??
Amirul: menghormati orang tua.
Haidi : Tutur kata yang baik.
Azam : sopan santun.
Dr S : yg pompuan, kamu amek perhatian ye ng kata2 lelaki nie.. sume nie x boleh pakai.. huhuhu
masing2 mcm blurr... abes tue, cmne nk nilai kehensemes lelaki tue ae??
Dr S: Ok, ni antara ciri2 betapa hensem nye seorang lelaki tue..
1) Ada yang buang kamu dalam perigi.
2) kalau ada pompuan ngorat kamu, dan baju kamu koyak dari belakang.
dengar jew jawapan no 2 nie, sume gelak terkekek2. lecturer sambung lg.
Dr S : kalo baju kamu koyak dari depan, maksudnyeeee... kamu tue perasaaannnn hensem!
huh. ini macam punye jawapan pown adee kew? layannn jew lh.
Dr S : ok. yang ke-3, kalo orang2 pompuan tengok kamu, jari mereka akan terpotong.
lagiii laa x paham.. ape yang sebenarnyee lecturer aku nie nak? ade kew sampai macam tuee sekali?/ kalu macam tue lah jadi nyee.. memang cnfirm HENSEM giiileeeerrr lah mamat toh!! ade kew manusia macam tue dalam dunia nieee????
haaa.... ni lah yang lecturer aku nak sampaikan sebenarnyee.. mengenaiii kisah Nabi Yusof a.s. mesti sume pernah dengar cerita mengenai Nabi Yusof nie kn?? mengenai kehenseman baginda yang memang menakjubkan. menggoda mana2 wanita yang melihatnya..
ok. relate semula pada kisah Dr S td. kenapa kena sampai buang dalam perigi??
kisahnye begini.. kerana Nabi Yusof ini terlalu lah cantik, Hensem bak kate kite skarang niee.. maka adik beradik baginda adalah amat dengki dengan baginda dan sanggup membuang baginda ke dalam perigi.
kisah ke-2: pernah dengar mengenai kisah Zulaikha dan Nabi Yusof kan? dimana Zulaikha menggoda Yusof, tetapi Yusof tidak melayan beliau dan berusaha melarikan diri dari godaan tersebut. Zulaikha dngan rakus, menarik baju Yusof sehingga koyak baju baginda dibahagian belakang. lantas Zulaikha membuat fitnah menyatakan Yusof ingin menggoda dan mencabul Zulaikha. akan tetapi, di sangkal oleh Yusof dan berkata, sekiranya baju ku koyak dari depan, benarlah ak yang ingin mencabul Zulaikha, tetapi bajuku koyak di bahagian belakang. maka aku tidak bersalah..
renung2 kan laa...... ;))
ok. kisah terakhir: Zulaikha membuat persidangan bersama rakan2 wanita beliau yang lain. mereka masing2 memegang buah Epal dan mengupasnya dengan pisau yang tajam. dan rakan2 beliau bertanya, mengapa begitu hina kamu Zulaikha tergoda dengan anak angkat kamu sendiri (Yusof).
zulaikha berkata : "adalah elok kamu melihat wajahnya terlebih dahulu dan menilai mengapa aku tergoda dengannya"
maka Zulaikha menyuruh Yusof keluar. maka terpegun lah sekalian wanita tersebut sehingga terhiris jari2 mereka.
SUBHANALLAH.. memang terserlah kehenseman Nabi Yusof ni kan? jadi ade tak mane2 lelaki diluar sane yang mempunyai ciri2 ini? huhuhuhu.. renung2kanlahh.. dan selamat beramal... ;))
No comments:
Post a Comment